Wednesday 14 August 2013

Sentap!!



Orang kita memang sensitif…

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini.

Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.

Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.



Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.

Tuesday 13 August 2013

"Sweet Couple"




Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan
soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie,semua org memerhatikan kita kan?Msti mereka pelik kenapa lelaki
sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu??Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada
yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana
agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik
untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nmpak wajah keibuan pada sayang....

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Takde tapi-tapi, Sayang adalah AMANAH dari ALLAH,. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg BAHAGIA ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah adateman untuk Tahajjud di sepertiga malam... sayang ingat senang ke abg
nak cari isteri mcm sayang????susah tau...

ISTERI: memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi..

SUAMI: Alolololo... isteri abg nngis ye??? (smbil kesat air mata isterinya)..Abg tahu abg hensem (cewahhhh,
hehehe) , dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki
inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu,semua tu hanya didunia.. abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey nie... abg tahu isteri abg nie mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti...InsyaALLAH di syurga nnti juga... kan sayang kan???

ISTERI: InsyaALLAH abg, trima kasih(nangis)

SUAMI: Dah la tu syang, jgn nngis dah tau.. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam nie ada kuliah
kat masjid..


ABANG SAYANG ISTERI ABG.... (^^ ,)

Tuesday 30 July 2013

Planning After Degree


Alhamdulillah. Aku brsyukur dpt lnjutkan pljaran dlm ISMP Math kt UPSI ni..  Plan after degree ni aku nk smbung master/PhD, itu pn brgntung pada keadaan pointer degree, kos pmbiayaan n thap ksusahan mster/PhD tu..  klau aku x nk smbung.. mngkin aku akan mntak kkosongan jwtan pnsyarah kt BMKPM. Itu pn klau da kkosongan la.. bkn apa.. jdi ckgu matrik lbih snang brbnding ckgu kt skolah. Pndpat aku la.. smbil tu aku nk apply guru MRSM. Lgi pn aku dh biasa dgn khdupan kt mrsm sbb aku pn bkas mrsm msa form 4 n 5 dlu.. klau aku dpt jdi ckgu mtrik or ckgu mrsm, aku akan pegi.. aku akan keja kt situ slagi posting utk jdi ckgu bwh KPM blom smpai. Klau dh dpt posting utk KPM nnti, aku akan fkir msak2 utk stay jdi ckgu mrsm/mtrik atau tros jdi ckgu bwh KPM.

P/s: planning ni pun brgntung pada keadaan la sbb bbrapa thun akan dtg ni mcm2 bleh brlaku dlm pntdbiran Malaysia ni..

Friday 28 June 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA

Monday 25 February 2013

Usah Pedulikan Aku


Tampak ceria menderita dalamnya
Masalah diselindungi tanpa bicara
Kupendam selamanya usah ditanya
Hadapi dugaan kerana ada hikmahnya
 Sentiasa janggal malu kerana diri
Perit untuk dibuang akibat rasa
Kegelapan yang akan ku tempuhi
Di sana aku menanti yang pasti suka
 Seakan sama tetapi berbeza
Aku bukan diri yang sebenar
Tipu terpaksa kerana diri hina
Maaf wujudku cemuhan dunia


Friday 22 February 2013

Ingatkan Isnin rupanya Khamis


Asalnya xmau update pn psal bnda ni sbb rsa sdikit kcewa tpi nk update jgk la sbb brlaku jgk akhirnya. Demand btol. Haha.. kwan2 AT14 sblom ni  pn slalu kna surprise mcm ni. So trmsuk aku jgk la cuma tnggu msa ja.. besday aku btol2 ari 1st day kuliah. Mngingatkan aku msa aku dftr mrsm beseri dlu ni pn 18 Feb jgk trikh dftr.. mmg brmkna btol trikh tu bgi aku. Sbnarnya aku bjet geng2 at14 akan buat surprise msa ari isnin mlm tpi ptg tu hjan lbat plak, msalah jdual geng2 at14 aku lgi n aku plak dduk KUO. Mmg trpisah jauh la.. so tendency nk buat surprise mmg ckit la.. msa isnin mlm tu aku dok tnggu jgk ada ka surprise kt aku ni tpi xda pn just dpt call utk ucap besday ja.. so aku trima ja la.. mngkin depa gnti surprise party dgn ucapan besday kt nset ja.. lgi pn mnggu 1st ni mmg sibuk sbb tu depa x buat surprise tu.. so bila dh ucap kt nset tu kira hbis dh la bgi aku.. aku tros x pkir lnsung psal surprise.. mmg aku x expect lnsung surprise lpas tu..  tiba la ari yg dinantikan, ari kamis mlm jmaat da meeting kt kz.. aku n fawwaz pi la jalan kaki habaq ang dri kuo ke kz. Dh la ltih men badminton ptg tu.. (nk hbaq jgk tu men badminton).  Smpai sna aku mkn nasi lemak tambah telur+ayam(rm4.50). org ja kuruih, mkn kuat.. plik tol.. lpas tu tros meeting. Bila hbis ja meeting mmg aku pkir nk on9 sat kat cafĂ© utk nk attach file kt fb tpi dh lwat sangat tros aku pkir nk blik bilik. msa nk trun tngga kt dewan kz tu, aku nmpk cik ain kita naik pstu ucap besday, time tu aku x rsa pa2 pn bnda plik, siap aku jwab ‘lmbat dh la’. Tpi bila aku tgk cik wana n cik L-ham kita da jgk.. aku pkir plik dh. Jauhnya depa mai sini. Buat pa. Pstu siap da kotak kek lgi. Mmg tros aku tau dh la nk buat surprise kt aku. Bkn utk aku ja tpi utk shalina a.k.a Ershalina dan Jannah a.k.a Eriza.. haha.. mcm2 depa ni.. ketaksuban aku pnya psal kt cita SETIA HUJUNG NYAWA (SHN), smpai kek pn bbuh nama Zain Hakimi n Ershalina.. mmg trbaik la.. sblom ptong kek tu, depa pi bkk lagu Last Minute – Maafkan Aku (lgu dlm SHN). Nmpk sgt nk mnganjing aku kan.. mntang2 la aku mnat lgu2 dlm cita tu.. msa potong kek tu depa bkk lgu Setia Hujung Nyawa – Fiq/Gjie.. bkk lgu sdih jiwang jambu mmbuatkan aku terharu sdih smua da.. nsib bek airmata x kluar, klau kluar msti mnitis atas kek yg sdah hncur sdikit akibat aku yg x reti potong kek.. sory noh.. hoho.. msa dh hbis mkn tu aku pn buat ucapan sbb sblom ptong kek tu aku kata aku x pkir lgi nk ucap pa, aku kata HUJUNG satgi lpas mkn bru ucap sbb aku nk pkir dlu nk ckp pa.. Asal aku sbut HUJUNG ja tros depa dok mnganjing aku kata ‘HUJUNG NYAWA ke?’.. mcm2 depa ni.. suka sgt peril kan. Xpa. Aku suka hampa perli camtu (prangai msih x matang). Msa brucap tu aku cita la kronologi mcm aku cita kt atas tdi kt depa smua.. dan ucapan aku, aku akan cuba utk jadi lbih matang drpda sblom ni yg prangai x matang lnsung. Update status plik2.. lpas tu aku ckp yg da hkmahnya aku pndah ke KUO yg lembab internet supaya aku ni jgn slalu sgt on9 utk update status fb yg sgt x matang n x tahu malu.. tba2 1 suara yg sgt brsmangat dri cik intan a.k.a. cik bori berkata ‘SOKONG’!. Trkjut abg long (geli btol nk gelar diri sndiri abg long). Haha.. hrap ja aku ni no 3 pling tua dlm coursemates aku mrangkap pling tua bgi lelaki2 kos aku.. mngkin aku ni bongsu kot.. hoho.. msa hbis tu aku expect msti depa nk bling tepung +air kt aku. Aku pn akan biar ja la depa nk buat pa pn.. bru nmpk happening kan.. nsib kena curah air ja. Tepung xda.. nsib baik..  tu ja la nk crita.. (hrap sgt2 sorang bdk kos aku yg besday dia nk dkat dh ni kna surprise jgk.. ) kita  tunggu!!


Saturday 9 February 2013

Unexpected




Aku sbnarnya dok angan2 nk dpt 4 flat.. mmg smua org nk 4 flat kan.. klau nk ikutkan pn nk dpt 4 flat mmg ssah kt U ni.. klau dpt tu mmg miracle gila la.. msa aku nk cek result tu aku cdg nk scroll down slow2.. mula2 nmpk result dlu la.. pngs n pngk. Aku tgk result aku mningkat ckit dri dlu.. pastu aku trun bwh lgi tgk sbjek plak. Slack kt 2P, lab n physic.. yg UNEXPECTED nya sbjek yg aku ykin dpt A lastly slack. Sbjek yg aku x ykin dpt A, lastly dpt A plak.. tu yg agak heran tu.. bila pkir blik ni sbb carry marks aku.. mmg logik la.. syukur sgt result mningkat. Sblom ni maintain ja.. yg pnting aku hrap setiap sem bleh maintain 1st class degree..

Monday 4 February 2013

This Song Make Me Wow!!






mmg trbaik ar lgu ni, tmbah2 part chorus tu 'beggin beggin you.......' jiwa bgaikan nk mnari dgr lgu ni.. haha.. ni lirik dia..






Oooh, put your lovin' hand out, baby
I'm beggin'

Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, baby
Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, darlin'

Ridin' high when I was king
Played it hard and fast cause I had everything
Walked away, wondering then
But easy come and easy go and it would end

Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, baby
Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, darlin'

I need you to understand
Tried so hard to be your man
The kind of man you want in the end
Only then can I begin to live again

An empty shell I used to be
Shadow of my life was hangin' over me
A broken man that I don't know
Will leave it standing, devil's dancing with my soul

Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, baby
Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, darlin'

I'm fightin' hard to hold my own
Just can't make it all alone
I'm holdin' on, I can't fall back
Now that big brass ring is a shade of black

Beggin' you, put your lovin' hand out, oh
Beggin', beggin' you, oh, come on, ohh
Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, oh-oh
Beggin', beggin' you, put your lovin' hand out, darlin', ohhh

Come on, come on

Beggin' you

Beggin' you

Beggin', put your lovin' hand out, oh-oh



Saturday 2 February 2013

Winner of American Idol Season 11


Thun lpas dh cita ni cuma aku ja x tgk. dlu msa sblom aku msuk asrama, aku tgk la cita ni msa season yg Taylor Hicks mnang. lpas msuk asrama aku x brksempatan nk tgk dh.. season yg ke 11 ni Phillip Phillips yg mnang. dia mnang sbb bgi aku dia ada whole package. suara serak basah kdg2. nyanyi ikut style sndiri. reti men gtar. mmg best bgi sapa yg pndai nilai prsmbhan dia. msa dia nyanyi slpas rsult yg dia mnang tu, dia nangis n trus turun pntas pi kt fmily dia. msa tu ntah mcm mna aku teriak tros tmbah2 lgu sdih plak dia nyanyi..

Friday 25 January 2013

Umrah


Buat pertama kalinya abah n mak aku dpt pi umrah. Parent aku pi umrah bulan feb ni. Aku pn apa lgi cdang nk bli hdiah kt parent aku smpena parent aku nk pi umrah. Kat mak aku, aku bgi tudung jenama AKEL. Kat abah aku plak, aku bgi serban jenama AL-LASKA. Tudung tu aku sruh kwan aku blikan mlalui fb. Malu aku nk bli sndiri tdung tu. Yg serban plak aku bli kt kdai kt pekan tg malim. Hrap2 hdiah ni mmbuatkan parent aku ingat kt aku bila pkai.. hehe..


Tuesday 15 January 2013

Tanpa Sahabat Siapalah Aku


Kali ni aku nk cita psal kwan2 aku kt UPSI yg bntu aku dlm plbagai aspek tpi aku xkan mention la nma dia kt sini. Skdar da hint mcm tu ja..

~

Kwan yg ni slalu bntu aku wlaupun aku tau dia sgt busy dgn krja dia. Dlu aku da msalah nk phmkan 1 sbjek ni. Srius mmg aku xleh go on dgn sbjek tu sorang diri. Aku prlukan seseorang yg agak pro utk ajar aku scara mnyeluruh.. tpi agak kterlaluan jgk prmntaan aku ni. Aku just mntak dia utk discuss pa yg dia phm dan aku plak bgi tau pa yg aku phm. Klau da prcanggahan or da ilmu yg trkurang bru diselesaikan wktu tu.. msa nk test n final exam kami da buat discussion. Seriusly aku rsa phm sgt wlaupun x 100%. Mrkh test pn aku trkjut n hepi dgn result test. Utk final pn aku rsa mmg bleh jwab(tpi xtau btol ke x) kcuali soklan proof yg 9 mrkah tu. DIA TOLONG AKU, NESCAYA ALLAH AKAN TOLONG DIA JUGAK.

~

      Yg ni plak aku tq sgt sbb slalu nsihat aku. Dia nsihat bkn dpan2. Tpi nsihat aku scara personal. Bgus jgk nsihat personal, x jtuh maruah aku. Klau dpan2 tkot malu plak.. kdang2 aku ni mngkin trlalu mngikut prasaan tnpa fkir pa yg buat ni x brapa btol dri pndangan org rmai. Aku sndiri xkan nmpk kelemahan aku mlainkan kwan2 aku. Wlaupun nsihat dia kdang2 mngguris hati aku, tapi aku trima sbb da kebaikannya jgk. Wlaupun aku agak terasa wktu tu tpi aku biarkan sja sbb lma2 nnti aku akan lupakan jgk ksdihan aku tu.. tpi aku xtahu la nsihat dia tu aku amik iktibar ke x.. mngkin aku ni ketegaq(degil) sgt smpai xpeduli pa org kata. NASIHAT DIA UNTUK KEBAIKAN AKU BUKAN UTK MENJATUHKAN AKU.

~


          Kwan yg aku sorang ni plak dia ni aku slalu kongsi byk2 crita. Share sma2 la msalah dia, msalah aku. Tkar2 pndapat. Mcm tu la lbih kurang. Byk la jgk dia bntu aku dri segi hal2 pngangkutan, print2.. kami pn rsanya mmpunyai persamaan sbb tu snang je sembang mslah. Kdg2 dok mnganjing sesame sndiri.. gelak2.. mmg bleh dikatakan satu kepala la..  kami mmg sling tolong mnolong la.. dia tolong aku selesaikan mslah aku. Aku tlong dia slesaikan mslah dia. PAYAH NAK DAPAT KAWAN YANG 1 KEPALA, KALAU DAH DAPAT, JAGA ELOK2.