Monday 25 February 2013

Usah Pedulikan Aku


Tampak ceria menderita dalamnya
Masalah diselindungi tanpa bicara
Kupendam selamanya usah ditanya
Hadapi dugaan kerana ada hikmahnya
 Sentiasa janggal malu kerana diri
Perit untuk dibuang akibat rasa
Kegelapan yang akan ku tempuhi
Di sana aku menanti yang pasti suka
 Seakan sama tetapi berbeza
Aku bukan diri yang sebenar
Tipu terpaksa kerana diri hina
Maaf wujudku cemuhan dunia