Tampak
ceria menderita dalamnya
Masalah
diselindungi tanpa bicara
Kupendam
selamanya usah ditanya
Hadapi
dugaan kerana ada hikmahnya
Sentiasa
janggal malu kerana diri
Perit
untuk dibuang akibat rasa
Kegelapan
yang akan ku tempuhi
Di sana
aku menanti yang pasti suka
Seakan
sama tetapi berbeza
Aku
bukan diri yang sebenar
Tipu
terpaksa kerana diri hina
Maaf wujudku
cemuhan dunia